Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam
tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan
sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan
Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan
dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama,
tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para
zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
- Ahad atau Rabu =
Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
- Jumaat atau Selasa
Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
- Khamis = Lailatulqadar ialah
pada hari yang ke-25 Ramadan.
- Sabtu = Lailatulqadar ialah
pada hari yang ke-23.
- Isnin = Lailatulqadar ialah
pada hari yang ke-21.
Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama
termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam
Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.
Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri
berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi
bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya
matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.
Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar
tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam
dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia
itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan
ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan
Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada
bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam
di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga
Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai
hawa nafsu. InsyaAllah.
Sumber : iLuvislam.com
#hanya Allah SWT yang maha mengetahui
bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari lailatul qadar pada satu
malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada setiap malam. InsyaAllah ,
Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada mereka . semoga
Ramadhan kali ni membawa lebih kebaikan dan keberkatan dari sebelum sebelumnya
. Aminnnn!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan