
Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid
Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis
air mata.
Seorang lelaki melewati sebuah
kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang
suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus
menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat
kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang
sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang
istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di
atas kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang
lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin
menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah
seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang
terkenal?.
Bila bertanya kepada orang
kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah
kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung
bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung
kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban
yang dilihat diperkuburan suaminya.
Anehnya isteri simati terkejut
dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa .
Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat,
bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah
suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya
membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut
dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya
apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan
sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu
dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya ,
setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di
dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur’an di atas rak, lalu dicium dan
dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek
alqur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang
yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya
, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah
isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya
yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! ampunkanlah aku
kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas
kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu
membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku
sangat mencintaimu. “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan
engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi.
Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati
kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam
sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya
itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu
kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan
ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai
airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat
mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat
mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan
seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid
kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan
pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan
semua -tranungkite-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan