Ibnu Abbas ra
mengatakan, “Setelah Allah menyempurnakan penciptaan langit dan bumi dengan
segala sifatnya, gunung-gunung telah ditegakkan, angin telah dilepaskan, di
bumi telah ada binatang-binatang liar dan bermacam-macam burung, maka
buah-buahan mengering dan berjatuhan ke bumi dan di bumi tumbuh rumput-rumput
yang satu sama lain saling memerlukan.Pada masa itu, bumi mengadukan persoalan
tersebut kepada Tuhannya. Atas pengaduan itu, Allah menciptakan umat yang
beraneka ragam dan berlainan jenis, yang diberi nama Jin.
Mereka mempunyai jiwa dan aktiviti. Lalu mereka bertebaran seperti debu halus kerana jumlah mereka yang sangat banyak. Tanah datar, pergunungan, dan berbagai pelosok dunia telah dipenuhi oleh mereka. Mereka tinggal permukaan bumi dalam jangka waktu yang dikehendaki oleh Allah. Di antara mereka ada yang putih, hitam, merah, kuning, berbintik-bintik kecil dan besar, pekak, buta, cantik, buruk, kuat, lemah, perempuan, dan lelaki. Satu sama lain berkahwin dan melahirkan keturunan. Mereka disebut Jin kerana mereka kabur, tidak kelihatan.Setelah mereka memenuhi bumi dan dunia kian sempit kerana mereka terus bertambah, bertambah juga kerosakan kerana mereka, maka Allah mengirimkan angin taufan kepada mereka. Angin tersebut membinasakan mereka. Hanya sedikit dari mereka yang tinggal. Mereka adalah yang pertama kali membuat rumah, membelah batu, memburu burung, dan binatang liar.
Mereka mempunyai jiwa dan aktiviti. Lalu mereka bertebaran seperti debu halus kerana jumlah mereka yang sangat banyak. Tanah datar, pergunungan, dan berbagai pelosok dunia telah dipenuhi oleh mereka. Mereka tinggal permukaan bumi dalam jangka waktu yang dikehendaki oleh Allah. Di antara mereka ada yang putih, hitam, merah, kuning, berbintik-bintik kecil dan besar, pekak, buta, cantik, buruk, kuat, lemah, perempuan, dan lelaki. Satu sama lain berkahwin dan melahirkan keturunan. Mereka disebut Jin kerana mereka kabur, tidak kelihatan.Setelah mereka memenuhi bumi dan dunia kian sempit kerana mereka terus bertambah, bertambah juga kerosakan kerana mereka, maka Allah mengirimkan angin taufan kepada mereka. Angin tersebut membinasakan mereka. Hanya sedikit dari mereka yang tinggal. Mereka adalah yang pertama kali membuat rumah, membelah batu, memburu burung, dan binatang liar.
Semua itu
terus-menerus mereka lakukan dalam waktu yang lama. Kemudian satu sama lain di
antara mereka saling berlaku aniaya: akibatnya, mereka saling berperang.
Namun, perangnya bukan menggunakan senjata.
Sebahagian di antara mereka melenyapkan sebahagian yang lain dengan mengepung
rumah-rumah sehingga mereka yang terkepung binasa kerana lapar dan haus.
Setelah tindakan
kerosakan yang dilakukan mereka kian memuncak, maka Allah mengirimkan umat yang
berasal dari laut kepada mereka yang jasad-jasadnya lebih besar daripada mereka
dan bentuknya lebih menakjubkan, yang disebut dengan Bin. Umat
tersebut menyerbu mereka sehingga kaum Jin binasa, tidak satu pun yang tinggal.
Jin tinggal di bumi lebih kurang 500 tahun.
Setelah itu, bumi dikuasai oleh Bin. Mereka berkahwin antara satu sama lain,
melahirkan keturunan dan berkembang biak semakin banyak sehingga bumi kian
penuh.
Sebahagian di antara
mereka suka menengelamkan ke bumi lapis ketujuh (selepas ini : Penduduk Bumi
Lapis Tujuh) dan menetap di sana untuk beberapa hari. Bagi mereka tidak ada
tempat yang terhalang.
Mereka adalah yang pertama kali menggali perigi,
membuat sungai, dan mengalirkan air dari sumber-sumbernya dan dari laut. Mereka
adalah yang pertama kali membuat mesin/roda, membina jambatan di atas air,
menangkap ikan di lautan, dan memburu binatang-binatang liar di wilayah yang
tidak berpenduduk.
Oleh kerana itu, semua
binatang, baik di daratan mahu pun di lautan, mengadukan urusan tersebut kepada
Allah dan kerosakan yang disebabkan oleh mereka kian bertambah. Maka, Allah
menciptakan Jan.”
Ibnu Abbas ra mengatakan, “Allah menciptakan Jan
dari nyala api…” Beliau juga mengatakan bahawa Jan adalah golongan Jin
laki-laki. Mereka memiliki jenis yang berbagai jenis.
Di antara mereka ada yang disebut dengan
Nahabir; ada juga yang disebut Nahamir. Umat ini kelakuannya seperti manusia,
suka makan, minum, dan berketurunan. Di antara mereka ada yang Mu’min dan ada
juga yang kafir. Dan nenek moyang mereka adalah Iblis yang dikutuk oleh Allah.
Diriwayatkan bahawa Allah menjadikan malaikat
sebagai penghuni langit dan menjadikan Jan sebagai penghuni bumi. Setelah
binatang liar dan burung mengadukan perbuatan Jin dan Bin, Allah menciptakan
Jan, sebagaimana telah diceritakan.
Setelah Allah menciptakan Jan, maka Dia
menempatkan mereka di bumi. Setelah tinggal di bumi, mereka berperang dengan
Bin. Jan terlalu kuat bagi Bin hingga mereka mampu menghancurkan Bin sampai
tidak ada satu pun yang tinggal. Tinggallah Jan di bumi. Mereka berkahwin satu
sama lain dan melahirkan keturunan sehingga bumi ini penuh.
Seterusnya, di antara mereka timbul kedengkian
dan aniaya. Di antara mereka banyak terjadi pertumpahan darah. Sebahagian dari
mereka mengganggu sebahagian lainnya. Atas kejadian ini, bumi mengadu kepada
Tuhannya.
Maka, ketika itu, kepada
mereka Allah mengutus bala tentara malaikat. Dalam rombongan tersebut ada Iblis yang
dahulunya bernama ‘Azazil. Dahulunya dia merupakan ketua malaikat. Dia bersama
rombongannya mengusir Jan dari bumi. Akibatnya mereka menghuni ke gunung-gunung
dan tinggal di sana dan Iblis merampas bumi dari mereka.
Pada awalnya, si Iblis ini menyembah kepada
Allah, baik di bumi mahu pun di langit. Akan tetapi, kemudian dia ujub dengan
dirinya dan dia dipengaruhi ketakaburan (merasa besar). Dalam keadaan demikian,
Allah melihat apa yang ada di dalam hatinya, maka Zat Yang Maha Agung berfirman:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para
malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”
Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang
yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami
senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan
berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS
Al-Baqarah [2]: 30).
Kalimat “man yufsidu fiiha” pada bahagian
kalimat diatas lebih tepat jika bukan diertikan sebagai “orang” tetapi akan
lebih tepat jika diberi makna sebagai “makhluk”.
Sehingga dari bahagian kisah yang diceritakan
Ibnu Abbas r.a tadi, terungkap sudah pernyataan para malaikat, “Mengapa Engkau
hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu (makhluk) yang akan membuat kerosakan
padanya dan menumpahkan darah…”, maksudnya seperti makhluk-makhluk yang
diceritakan terdahulu, yaitu Jin dan Bin. Sebab, mereka telah melakukan
kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah.
Lalu siapakah rangka “manusia purba” yang fosil-
fosilnya ditemui dan diketahui berumur ratusan juta tahun lalu? (Sumber: Syaikh
Muhammad bin Ahmad bin Iyas, “Kisah Penciptaan dan Tokoh-tokoh Sepanjang Zaman”
(diterjemahkan oleh Abdul Halim), Bandung: Pustaka Hidayah, Cet. I, Oktober
2002, hal. 13-72)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan