Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan
mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20
batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States!
Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi
oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba
menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah
mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’
ini. “Cerita ini harusdiberitahu,” kata sumber itu.
“Ia terlalu besar untuk disorok”.Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia
besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”,
beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan
mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa
English”.
Kawasan pergunungan Caucasus dikaitkan sebagai lokasi Yakjuj dan
Makjuj
Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan
senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian,
President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
“Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini
mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah
mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000
orang Mole tinggai di situ.
“Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta
orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak
di bawah muka Bumi”.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan
juga sedikit perbezaan. Ciri-ciri tersebut ialah;
1. Seperti manusia biasa,mereka berjalan dengan dua kaki.
2. Mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke
10 kaki tinggi.
3. Jari-jari mereka seperti kuku binatang.
4. Tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk
menggali, bukan seperti kuku mole.
5. Kulit mereka tebal dan sangat kuat untuk menahan panas
melampau di bawah tanah.
6. Bahasa perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan
makhluk ini suatu ketika dahulu hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
7. Mereka mempunyai sistem otot yang besar dan kuat, membuatkan
mereka mampu bertindak ganas
GAMBAR: kaum Mole yang di gambarkan
“Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum
Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”. “Mereka mencakar
dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama
rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian,
alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.
“Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”,
mengikut kata sumber.
“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka
sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat
berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai
mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling
mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.
“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan
manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang
manusia moden hari ini secara genetiknya ?”
Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum
Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari
angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang.
Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang
serius,
1. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah
dan sanggup bekerjasama?
2. Adakah mereka akan meminta wilayah mereka sendiri di muka
Bumi? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi?
3. Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?
4. Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk
meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?
Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk
meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?
Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima
tekanan hebat dari wartawan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang
dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi
amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam
bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation
Mole Hole – satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk
mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.
Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia
bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di
Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata
sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di
bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan
kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak
diketahui.
DARI SURAH AL KAHFI:
Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam
surah itu:
“Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain.
Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami
memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan
(untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.
“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia
melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di
situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau
boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang
aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.”
(ayat 83 hingga 87)
“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai
ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari
segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang
melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).
“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga
apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu
suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai
Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami
memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara
mereka?’.
Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku
terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan
alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku
potongan-potongan besi’.
“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung
itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah
menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang
mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.
“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula)
melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku,
maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh;
dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98)
Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan
perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang
bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan
Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..





Tiada ulasan:
Catat Ulasan